By Puteri Awani
Lelaki ni tak pernah cukup kan? Dah macam macam kita bagi pun masih lagi nak curang nak buat benda tak elok benda yang kita tak suka jugak!
PLEASE STOP DOING THIS!
Ya Allah hati aku sekarang sedih sangat. Rasa macam nak menangis. Tapi, girls kena kuat! Takboleh jadi lemah. Stay strong tau.
Kamu hadir memberikan cinta,
membawa bahagia dan memberi rasa rindu
yang tidak pernah ada habisnya
Actually Wani dah taip blog ni tentang apa yang wani nak sharekan. Tapi, bila difikirkan balik. Itu aib dia. Dia nak mainkan hati perempuan, dia nak sakitkan kita. Its okay, itu hak dia. Dan dia tak boleh lupa yang Allah tu tak pernah tidur. Dia Maha Adil. Apa yang kau buat, kau akan dapat balik.
Betullah cakap awak, saya ni degil. Takda perkataan penat pun dalam istilah hidup saya. saya kerja sana sini. betullah cakap awak, saya influencer so buat apa saya nak buat itu ini sedangkan everymonth saya dah dapat gaji sendiri even takda kerja pun. kan? Tapi awak lupa sayang, tanggungjawab saya besar. keluarga saya bukan orang senang dan saya belajar di Private Universiti bukannya IPTA tau.
Saya busy saya takda masa untuk awak, saya sakit saya demam itu semua saya sanggup sebab saya tak nak susahkan awak, saya tak suka susahkan mak ayah saya. Biar saya cari duit sendiri. Biar saya beli barang saya mahal mahal asal saya puas titik peluh saya sendiri.
Macam macam saya dengar pasal awak. now, depan mata saya pun saya dah boleh agak dah awak macam mana kan? dah bertahun kita kawan, kita kenal. baru sekarang Allah tunjukkan saya siapa awak. Pergilah sayang, kalau awak boleh dan awak mampu cari perempuan yang tak pernah mintak awak satu sen pun. yang boleh berdiri dekat kaki sendiri.
Terima kasih kerana dah singgah dalam hidup saya. Jujur memang saya sayang awak. Saya dah maafkan salah silap awak :)
No comments:
Post a Comment