Showing posts with label puteri awani. Show all posts
Showing posts with label puteri awani. Show all posts

Talk for MSU Student

Tak tahu nak share apa. Ini salah satu motivasi yang saya bagi untuk pelajar MSU Shah Alam. How to make money diusia yang muda. Pihak MSU minta share sikit pengalaman kena siber buli dan juga perbezaan hidup saya yang sekarang .







Gambar Saya

Harini saya nak share gambar saya shooting acah comel acah cute kan. Hahahaha 











Throwback jap

By Puteri Awani


Cerita lama je semua ni. Sebab semua ni saya ditahap sekarang. Kau nak cakap aku muka cantik tapi bodoh. Bodoh bodoh aku pun aku make money sendiri dari kau tu semua harap duit jantan sundal sana sini. Takyah nak judge saya kalau tak kenal saya eh :)



Saya di Astro Awani


Di Tv 3 Pulaa


Dah la malas nak taip hahaa, tengok youtube sendiri ok


Kerjaya VS Belajar


by Puteri Awani

Ramai yang tanya saya amat suka akan kerjaya atau belajar kan? Honestly saya memang ingin focus dalam pembelajaran tanpa melakukan dua kerja dalam satu masa. Saya teringin nak jadi seperti student lain yang hanya focus pada belajar sahaja. tapi saya tak mampu semua tu. Saya perlu bahagikan masa saya pada belajar dan juga kerja. Kerana saya perlu mencari duit bagi menampung kemahuan diri saya.

Saya seorang yang jenis suka melakukan semua benda tanpa mengharapkan orang lain. Its really good actually but i need to remember yang i masih lagi muda dan i perlu diawasi oleh keluarga dan sentiasa mendapatkan advice dari mereka. 



Comel tak saya? AHAHAHA, Ni time shooting untuk Eye Care Product :)

Dahulu dan Sekarang

By Puteri Awani


Ramai tak tahu kan pasal diri saya. Nampak saya macam okay je takda masalah kan? Sini nak share sikit siapa saya dulu :)


Dulu time viral tu memang la hidup saya 360 berubah. Job sana sini shooting sana sini. Bila dah start sambung belajar banyak production taknak ambil sebab banyak clash dengan kelas kan. So, saya banyak buat review instagram je. Kalau ada pun saya shooting sabtu ahad je.

Time saya dekat Unisel, Family saya ada problem yang mana ayah saya dituduh dan difitnah pecah amanah. Allahu, Ayah kena buang kerja dan terpaksa fight di mahkamah semua. Banyak sangat pakai duit time tu,

time tu saya takda job dah. Duit review pun apa lah sangat kan. Jujur saya cakap kalau saya dapat makan roti ke biskut tu saya bersyukur sangat dah. apatah lagi jumpa nasi saya akan makan kenyang kenyang sampailah tahan sampai besok ke lusa ke. bila beli biskut ingat lagi, tu biskut last duit saya tapi classmate saya tu kan suka meminta kalau orang makan, sorang nak sorang ni nak sorang tu nak, last sekali saya dapat makan sekeping ja biskut tu. hmmm..

Tahu tak, pernah satu tahap dalam purse ada seringgit sahaja! Saya lapar sangat dah satu hari tak makan. nak menangis sangat time tu. then saya call mak dekat kampung mintak duit. 

Saya : Mak, Adik dah sehari tak makan. adik lapar sangat, duit takda. adik ada seringgit ja.

Mak : Mak pun takda duit. harini makan nasi dengan ikan bilis kicap je.

Saya : okay mak, tak pa lah. nanti adik dapat duit lebih, adik bagi mak tau. *lap air mata*


Hmm, sampai macamtu sekali saya susah dulu. Allahu dengan apa yang saya ada sekarang memang saya takkan lupa diri. Kalau orang nak kata saya lupa diri, mmg saya marah! 

ok lah. taknak cite banyaklah. nanti mata masuk habuk ehehehhehe byebye korang :)



Ingat lagi, time ni kakak konvo degree 1st class di UKM Bangi. Kami satu family takda duit. Pakai baju mana ada je. Kasut ayah sebenarnya dah koyak, tapi ayah pandai buat macam mana tah bagi jadi elok balik.

Alhamdulillah kami dah senang sekarang sebab ayah menang case tu! Ayah dah build up balik status family kami. Saya sayang keluarga saya :)

H I M

By Puteri Awani

Lelaki ni tak pernah cukup kan? Dah macam macam kita bagi pun masih lagi nak curang nak buat benda tak elok benda yang kita tak suka jugak!

PLEASE STOP DOING THIS!

Ya Allah hati aku sekarang sedih sangat. Rasa macam nak menangis. Tapi, girls kena kuat! Takboleh jadi lemah. Stay strong tau.


Kamu hadir memberikan cinta, 
membawa bahagia dan memberi rasa rindu 
yang tidak pernah ada habisnya


Actually Wani dah taip blog ni tentang apa yang wani nak sharekan. Tapi, bila difikirkan balik. Itu aib dia. Dia nak mainkan hati perempuan, dia nak sakitkan kita. Its okay, itu hak dia. Dan dia tak boleh lupa yang Allah tu tak pernah tidur. Dia Maha Adil. Apa yang kau buat, kau akan dapat balik.

Betullah cakap awak, saya ni degil. Takda perkataan penat pun dalam istilah hidup saya. saya kerja sana sini. betullah cakap awak, saya influencer so buat apa saya nak buat itu ini sedangkan everymonth saya dah dapat gaji sendiri even takda kerja pun. kan? Tapi awak lupa sayang, tanggungjawab saya besar. keluarga saya bukan orang senang dan saya belajar di Private Universiti bukannya IPTA tau.

Saya busy saya takda masa untuk awak, saya sakit saya demam itu semua saya sanggup sebab saya tak nak susahkan awak, saya tak suka susahkan mak ayah saya. Biar saya cari duit sendiri. Biar saya beli barang saya mahal mahal asal saya puas titik peluh saya sendiri. 

Macam macam saya dengar pasal awak. now, depan mata saya pun saya dah boleh agak dah awak macam mana kan? dah bertahun kita kawan, kita kenal. baru sekarang Allah tunjukkan saya siapa awak. Pergilah sayang, kalau awak boleh dan awak mampu cari perempuan yang tak pernah mintak awak satu sen pun. yang boleh berdiri dekat kaki sendiri.  

Terima kasih kerana dah singgah dalam hidup saya. Jujur memang saya sayang awak. Saya dah maafkan salah silap awak :)



Viral ''Couple Seminggu'' Dalam Kenangan

By Puteri Awani

''Tup tap tup tap'', dah pun sampai tahun 2018 kan? Dah besar pun kawan kawan Awani semua. Dah omey omey dah sekarang ni. Putih gebu kening selari elok ja. Hik hik hik lawak jaa jangan terasa pulak tapi pepatah ada berkata ''Siapa yang makan cili, Dia yang terasa pedasnya'' Oh my lidah pedaiihhnyaaaa :')

Macam mana dengan life hampa sekarang? Kalau okay, Alhamdulillah Syukur :)


Life goes on

Whether you choose to move on and take a chance in the unknown.
Or stay behind, Lock in the past,
Thinking of what could've been 

Akceli Awani nak story sikit tentang What issue yang Awani nak share harini kan. Memang lama sungguh la tak update kat sini sebab sibuk  And, Awani selalu aktif di instagram/ facebook habistu twitter pun lesap dahh :/ Rindu nak aktif macam dulu nak balas tweet semua orang, nak chat gedik gedik haha :'D tapi zaman dah berubah. Life must go on kan *Alamak speaking pulak*



Yelah, Hidup ni kena teruskan lah. Kena jadi lebih baik kan baru lah orang suka! Kalau dah baik tu jadi lebih baik lagi sebab kalau setakat baik jer, Orang akan benci jugak mau kata haters ni semua tak kena melainkan artis yang diorang banggakan sangat tu la *Okay taip lajulaju sebab geram* 



Jum tengok serba sikit gambar Awani shoot itu ari. Thankyou sebab sudi luangkan masa melayan perasaan sambil gigit bibir membaca apa yang Awani tulis ni. kihkih, tata babe. Next update nanti jangan segan segan melawat sini lagi ya tengok apa yang Awani merepek menaip :)

Alhamdulillah sekarang Awani dah nak habis belajar, lepasni Awani boleh lah focus dekat kerja kan business kan. Yayyy! Hm mengantuklah, nanti lah kita berblogging lagi. Muah xoxo :)

Past is Past

by Puteri Awani

Hai, Assalamualaikum, Ya Allah setahun lebih dah tak update blog ni. Bukan apa, cuma sibuk sikit sekarang ni. ''Ya'', semua ini ada hikmah kan? Terimakasih kepada sesiapa yang tetap sokong Awani dari belakang sejak Awani kena viral dulu hingga sekarang. Terimakasih sangat sangat! Tanpa korang siapa lah saya. Hikhik cewahh ayat! Tak tak, ikhlas dari hati ni :)

Tahu tak, Lepas kena viral tu segalanya berubah. Cuma pada permulaannya Awani langsung tak pandai kawal diri. Langsung tak bijak pilih kawan dan sekarang, Alhamdulillah. Awani bersyukur sangat ada kawankawan yang sentiasa sokong dan beri nasihat Mak ayah juga tak pernah lekang suruh sentiasa bersyukur dan jangan sombong kerana Awani hanya datang dari video couple seminggu tu je. 

Ye lah, bila kita dah senang sikit, Dah ada duit sendiri semua Allah akan beri dugaan yang lain pula kan? Cuma kami sekeluarga yang tahu apa yang kami alami dan sebenarnya ada bersangkut dengan kesan viral itu dulu. Awani dan akak selalu cakap, Kalau awani tak kena viral sudah semestinya tidak akan wujudnya @siputerishop dulu. 

Lepasni awani akan jadi yang lebih baik dan terus kuat untuk tempuhi segalanya. InsyaAllah. 

Salam Sayang,
Puteri Awani


PART 2: Bajet 2018

by Puteri Awani ♥

Hi korang, jeng jeng jeng bila Tuan Puteri mula berceloteh kan. Okay, actually saya nak straight to the point about our topic today is Bajet 2018 yang telah dibentangkan di Parlimen tempoh hari.

Dah tengok belum ucapan penuh dari PM Malaysia? Berikut adalah ucapan penuh pembentangan Bajet 2018:


Berikut adalah antara ringkasan dan rumusan intipati bagi Pembentangan Bajet 2017:





Alhamdulillah, saya sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana dapat hidup di Negara yang aman sentosa seperti sekarang! Go Malaysia. Malaysia POWER!