#FashionTalk : Back to school

By Tasha



Hello everyone!!! okay entry kalini Tashape shape ni nak cerita about #Fashion. Okay siapa je kan tak suka fashion oh my godddddddd!!! lagi lagi kaum wanita pehhhh memang this is one of our favorite la kan? hehehe betul tak? ๐Ÿ˜œ tapi i perati jugak la kan boys nowadays pehh ramai jugak la yang gila fashion contohnya macam Tyler the creator.  Fashion dia yang da boom ke baboom  la bagi i hahahahahaha ๐Ÿ˜‚ I suka tengok dia. Ish jangan salah sangka nohh iolss suka tengok outfit dia je haa jangan fikir bukan bukan pukul japgi!๐Ÿ˜  hehehe takde la gurau je. dia bukan orang malaysia wehh dia orang berkulit hitam dengan kata lain negro haaaa. Gila ke apa i nak suka dia habis kene katuk pala dengan mak iolss nanti hahahaha๐Ÿ˜‚ Okay ni antara gambar outfit Tyler the creator yang i suka and for me nice.






Okay iolss nak cerita lagi ni guys!! semenjak dua menjak ni kan iolss perati ramai perempuan terkena virus Pario!!! tahu tak pario tu apa? alaa macam mana eh nak explain pario tu yang jenis baju ikat ikat tu. Actually kan pario style ni dah wujud dari zaman mak pak kita lagi. So bila i dok beria cerita kat mak i pasal fashion ni dia gelak kan i guys hm sedih kena gelak dengan mak sendiri ๐Ÿ˜Œ tapi takpa la.. Pario ni memang la style dari zaman mak pak kita lagi tapi sekarang dah di upgade tau! boleh separuh gila jugak la wehhhh tengok pario style yang sekarang punya lagi lagi dari #LilyPetuna. tahu dok Lily Petuna tu apa? itu la instagram yang menjual baju baju fashion pario yang segak segak wehhhhhhh mau terbeliakkk bijik mata markaaaa hangpaaa semuaaa oii... sat nah tengok ni iolss nak share gambar pario yang cantik kebabooommmm๐Ÿ’ฃ hehehehe....


Lace pario; Lily Athena in emerald green๐Ÿƒ

Delight your day with these adorable pario; Lily Rush in pastel Blue๐Ÿ’Ž


okay sampai disini sahaja la entry #FashionTalk dari Tashape shape ni hehehe lepas ni rasa-rasa nak update pasal apa pula ya? Ada cadangan tak?๐Ÿ˜…

Girlfriend aku dari neraka top 5 ayat paling kelakar

By Wana



Hai everyone!! So kali ni wana nak share dengan korang 5 'Viral Word' daripada Drama <Girlfriend Aku Dari Neraka> yang disiarkan di Astro Warna Tak silap wana, drama ini baru jer habis disiarkan di Astro Warna, tapi korang jangan risau, korang boleh tengok dekat Youtube. Drama ini dah mencuit hati banyak penonton terutama sekali hati wana sendiri! kerana watak bimbo yang dilakonkan oleh Sharifah Sakinah. Lepas korang baca lima perkataan viral ni, korang mesti nak ulang balik video tu. And automatically korang akan jadi bimbo sekali macam wana!!!! HAHAHAHAHA




 " pura cendana..
      pura cendana negeri aman dan sentosa"
                                               
   
" hati sedih.. hati pedih "



" HEY POMPUAN, PERGI MAMPUS!!!!!!!! "

" teddy bear lah bodoh "

   
                                     
" dari dataran pahlawan melaka, mempersembahkan baby kita "



P/s: Actually ada banyak lagi perkataan viral in this drama. Ni hanya favourite personal wana. So, kalau nak tahu, korang search jer dekat Youtube or Google. So, setakat ni jelah korang BERBIMBO dengan wana. Lepas ni wana harap korang akan jadi bimbo juga macam wana and lydia dalam drama ni. agak2 apa yang wana akan share in my next post yer, any ideas??? BYE!!!!!!!!!!!!



#MovieTalk : Bisik pada langit

By Tra



Hi everyone! Ok kalini entry #MovieTalk Tira nak buat review pasal movie "Bisik Pada Langit". Wajib tengok! Bisik Pada Langit memang 10/10 Tira bagi sebab cerita ni bukan macam cerita drama melayu petang-petang dekat TV3 tu, and cerita ni tak macam cerita tipikal melayu yang sikit-sikit pasal harta, kaya, jadi playboylah. Cerita ni juga tak ada watak antagonis yang jahat gila macam drama melayu. Cerita ni sangat menarik and wajib tengok dengan family especially dengan Ayah! Bisik Pada Langit ni lebih kepada kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuan. Betapa besarnya pengorbanan seorang bapa untuk melihat anak perempuannya bahagia.


Filem ini pengarahnya adalah pengarah yang terhebat Khabir Bahtiar! Cerita yang dihasilkan oleh Khabir Bahtiar semuanya sangat sangatlah menarik.  Confirm meleleh air mata korang semua! Ok ni nak cerita pelakon yang best ada dalam filemni. Pertama sudah semestinya watak Ayah yang dipegang oleh Jalil Hamid. Lakonannya sangat power watak sebagai Ayah yang memang ada dalam real life kita! Seterusnya ialah Beto Kusairy. Watak dia dalam filem ni sangat-sangatlah seorang abany yang penyabar. Kalau in real life ada ke Abang yang penyabar? Kalau ada pun mesti satu dalam sejutakan ๐Ÿ˜… Ummi Nazera pula sebagai anak perempuan yang teramat manja dengan keluarganya dan seorang yang pandai sehingga keluarganya meletakkan harapan yang tinggi dekat dia.


Semua babak dalam filem ni sangat natural. Memang menyentuh hati dan semua pelakon yang ada dalam filem ni pun berjaya membawa watak masing-masing. Jalan ceritanya yang simple tapi penyampaian sampai!


Tira cerita sikit sinopsis cerita "Bisik Pada Langit" ni. Wak Rosli adalah ayah kepada Siti Hajar, yang ingin menyambung belajar ke luar negara di Australia. Sebagai seorang ayah, Wak Rosli lakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak anak perempuannya itu. Abang dan adik lelaki Siti Hajar juga sanggup mengorbankan masa depan mereka supaya SIti Hajar dapat menyambung belajar di luar negara. Keluarganya letak harapan tinggi dekat Hajar selepas Hajar dapat sambung belajar di Perth, Australia. Walau bagaimanapun, semuanya berubah apabila Hajar terlibat dalam kemalangan dan ayahnya mencari pelbagai cara untuk melihat anaknya yang sedang koma.


Skrip didalam filem ini ringkas dan padat. Ianya dimulakan dengan kata-kata tentang tuntutan memberi nama yang baik kepada anak. Baru mula cerita, Tira dah start rasa sebak, terus mengalir airmata. Hati tisu betul. Sudut-sudut kamera memang baik. Ada banyak angle yang memberi makna biarpun tanpa skrip dan hanya ditemani lagu Lygophobia by Akim dan Majistret sebagai runut bunyi memang kena.


 Ayat-ayat yang Tira suka dalam filem ni ialah:

 - “IBU BAPA YANG KEHILANGAN ANAK LEBIH SAKIT DARI ANAK YANG KEHILANGAN MAK BAPAK. KAU DAH ADA ANAK NANTI KAU TAHULAH”

 - “AYAH AJAR KITORANG MASA KECIK, KALAU MARAH, AMBIL WUDUK , SOLAT. TU MASJID. JOM KITA SOLAT”

 - “SITI HAJAR BUKAN ANAKKU, DIA TANGGUNGJAWABKU. DIA MENGAJARKU ERTI KESABARAN DAN PENGORBANAN”

 - “YA ALLAH, JADIKANLAH ANAKKU INI SEKENTAL JIWA SITI HAJAR KETIKA TERDAMPAR DI PADANG PASIR”

 Setakat sampai sini sajalah entry untuk #MovieTalk kali ni. Next, kita nak buat entry apa ya?

#foodhunter : Top 5 most popular food in Shah Alam

By Mai


Hi semua! So, kalini entry #FoodHunter Mai nak cerita pasal makanan yang popular dekat Shah Alam ni. Cakap pasal makanan, mesti automatic lapar, kan? ๐Ÿ˜‚ Hahaha sabar jap k. Okay, dekat Shah Alam ni memang ada banyak tempat makan yang sedap dan popular. Tapi Mai nak tunjuk 5 tempat jelah eh. Kedai makan yang Mai tunjuk ni pun Mai selalu pergi dengan member-member lepas baalik kelas. Gentle sedap!!! ๐Ÿ˜‹ 


1) Wong Solo Shah Alam.



The best Ayam Penyet in Shah Alam.


Haa... ni lah Ayam Penyet dekat Wong Solo yang Mai cakapkan tu. Bila pergi tak pernah tak ramai orang. Memang sedap lah kan kalau hari hari ramai orang. Lokasi kedai Ayam Penyet Wong Solo ini di No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam. So, yang mana tak pernah rasa tu korang patut rasa okay. Dah rasa sekali mesti nak lagi.



2) Chicken Rice Guys.  



The most delicious Nasi Ayam I've ever taste.


Nasi Ayam yang paling sedap pernah Mai rasa! Serious ni, tak main-main. Nasi Ayam ni korang boleh dapatkan di Chicken Rice Guys yang berada di 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000, Shah Alam. Kedai mereka berdekatan dengan Unisel Shah Alam. Nasi Ayam ni bukan sedap je, harga dia pun berpatutan juga. Banyak lagi menu makanan yang menarik dan sedap dekat Chicken Rice Guys ni ๐Ÿ˜‹



3) Eat & Repeat. 



Eventhough the bowl is small, tetap mengenyangkan.



Ha yang ni pulak, makan macam ala ala dekat Boat Noodle. Tapi bukan Boat Noodle okay. Bagi Mai, kalau makan dekat sini sangat jimat. Sebab kita boleh makan banyak mana yang kita nak dan dapat makan pelbagai makanan. Dekat sini ada pencuci mulut jugak kalau nak makan lepas makan nasi. Makan dekat sini pun berpatutan jugak, sedap pulak tu. Rugi kalau korang tak cuba. Nama kedai ni adalah Eat & repeat. Sebab kalau makan sekali, mesti korang nak repeat lagi. Hahahaha. Kedai Eat & Repeat ni berada di YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 



4) Cendol Pulut/ Tapai Laksa Utara. 



My kind of dessert.



Sabar gais, jangan terliur bila tengok semua makanan dekat atas tu. Next, Mai nak share Mai punya tempat makan cendol dengan laksa. Kedai ni sebenarnya dekat tepi jalan je. Even tepi jalan pun sedap okay. Kalau panas-panas dapat ni memang ngam soi. Kedai ni memang selalu ramai orang. So, kalau datang lambat, jangan marah eh kalau kena beratur panjang. Hehehehe. Mai tengok gambar je dah terliut teruk. Adoi. 



5) Apam Balik 360. 




Malaysia's Pancake.


Okay gais, ni last tempat yang mai tunjuk. Apam balik 360 ni sumpah lah, buat hati hakak cair bila makan. Kalau nak ikutkan, harga dia berpatutan jugak. Tapi kalau beli berbaloi okay sebab memang sedap. Mai makan pun lepastu rasa nak beli yang lain. Huhu tamaknya. Apam balik 360 ni banyak perisa. Contohnya, coklat, oreo, cheese dan lain lain. Apam Balik 360 ni pernah viral sebabtu sis gigih cari kedai dia dekat mana. Hahaha. Kedai ni bukan dekat Shah Alam, tapi takpe lah. Sis nak share jugak. Alamat kedai Apam Balik 360 ni adalah dekat Jalan Balung Ayam, Taman Gembira, 41100, Klang, Selangor. Korang pun patut cuba try test Apam Balik 360 ni.



So, tamat lah cerita pasal #FoodHunter bersama Mai. Lepasni rasa-rasa nak update pasal apa pula ya?

Welcome to Adventurex Unisel News

Hello, everyone Welcome to Adventurex Unisel News! We are students from Universiti Selangor (Unisel), studying Diploma in Mass & Communication. Basicly, this is our group assignment for writing for the media subject. Our task is to accomplish 100 posts by the end of our semester. 

Well, we don't really think to post only 100 posts. Perhaps more? *LOL* Extra marks please, Sir? ;) 

Anyway, we are welcoming all our readers to our humble blog. Here you will find a lot of materials for reading. Fashion, entertainment and some coverage of something event of course! 

Each posts will be written different people and different story. Different story, different entry and different feeling and exciting it will be! what are you waiting? Keep on reading and supporting us! 



much love, 
Adventurex girls