#foodhunter : Top 5 most popular food in Shah Alam

By Mai


Hi semua! So, kalini entry #FoodHunter Mai nak cerita pasal makanan yang popular dekat Shah Alam ni. Cakap pasal makanan, mesti automatic lapar, kan? 😂 Hahaha sabar jap k. Okay, dekat Shah Alam ni memang ada banyak tempat makan yang sedap dan popular. Tapi Mai nak tunjuk 5 tempat jelah eh. Kedai makan yang Mai tunjuk ni pun Mai selalu pergi dengan member-member lepas baalik kelas. Gentle sedap!!! 😋 


1) Wong Solo Shah Alam.



The best Ayam Penyet in Shah Alam.


Haa... ni lah Ayam Penyet dekat Wong Solo yang Mai cakapkan tu. Bila pergi tak pernah tak ramai orang. Memang sedap lah kan kalau hari hari ramai orang. Lokasi kedai Ayam Penyet Wong Solo ini di No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam. So, yang mana tak pernah rasa tu korang patut rasa okay. Dah rasa sekali mesti nak lagi.



2) Chicken Rice Guys.  



The most delicious Nasi Ayam I've ever taste.


Nasi Ayam yang paling sedap pernah Mai rasa! Serious ni, tak main-main. Nasi Ayam ni korang boleh dapatkan di Chicken Rice Guys yang berada di 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000, Shah Alam. Kedai mereka berdekatan dengan Unisel Shah Alam. Nasi Ayam ni bukan sedap je, harga dia pun berpatutan juga. Banyak lagi menu makanan yang menarik dan sedap dekat Chicken Rice Guys ni 😋



3) Eat & Repeat. 



Eventhough the bowl is small, tetap mengenyangkan.



Ha yang ni pulak, makan macam ala ala dekat Boat Noodle. Tapi bukan Boat Noodle okay. Bagi Mai, kalau makan dekat sini sangat jimat. Sebab kita boleh makan banyak mana yang kita nak dan dapat makan pelbagai makanan. Dekat sini ada pencuci mulut jugak kalau nak makan lepas makan nasi. Makan dekat sini pun berpatutan jugak, sedap pulak tu. Rugi kalau korang tak cuba. Nama kedai ni adalah Eat & repeat. Sebab kalau makan sekali, mesti korang nak repeat lagi. Hahahaha. Kedai Eat & Repeat ni berada di YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 



4) Cendol Pulut/ Tapai Laksa Utara. 



My kind of dessert.



Sabar gais, jangan terliur bila tengok semua makanan dekat atas tu. Next, Mai nak share Mai punya tempat makan cendol dengan laksa. Kedai ni sebenarnya dekat tepi jalan je. Even tepi jalan pun sedap okay. Kalau panas-panas dapat ni memang ngam soi. Kedai ni memang selalu ramai orang. So, kalau datang lambat, jangan marah eh kalau kena beratur panjang. Hehehehe. Mai tengok gambar je dah terliut teruk. Adoi. 



5) Apam Balik 360. 




Malaysia's Pancake.


Okay gais, ni last tempat yang mai tunjuk. Apam balik 360 ni sumpah lah, buat hati hakak cair bila makan. Kalau nak ikutkan, harga dia berpatutan jugak. Tapi kalau beli berbaloi okay sebab memang sedap. Mai makan pun lepastu rasa nak beli yang lain. Huhu tamaknya. Apam balik 360 ni banyak perisa. Contohnya, coklat, oreo, cheese dan lain lain. Apam Balik 360 ni pernah viral sebabtu sis gigih cari kedai dia dekat mana. Hahaha. Kedai ni bukan dekat Shah Alam, tapi takpe lah. Sis nak share jugak. Alamat kedai Apam Balik 360 ni adalah dekat Jalan Balung Ayam, Taman Gembira, 41100, Klang, Selangor. Korang pun patut cuba try test Apam Balik 360 ni.



So, tamat lah cerita pasal #FoodHunter bersama Mai. Lepasni rasa-rasa nak update pasal apa pula ya?

No comments:

Post a Comment