Hai everyone, so entry kali ni wana nak share dengan korang pasalmovie yang wana minat. Ada banyak sebenarnya movie yang wana minat,tapi yang wana paling minat TWILIGHT. haa korang nak tahu tak wana tengok twilight nii hampir kesemua movie dia tau. twilight nii ada lima series. first series adalah twilight and yang last sekali breaking dawn 2. wana suka tengok twilight nii sebab watak Edward yang dilakonkan oleh robbert pattinson tersangat lah hensem kebabom kalau korang tengok.hahahaha.. . pelakon dalam drama nii robert pattinson sbg edward cullen, kristen stewart sbg bella swan, taylor lautner sbg jacob,mackenzie foy sbg renesmee dan ramai lagi. kalau wana list kan satu2 sampai esok pon tah habis entry nii.. okay , jom baca sinopsis dalam cerita nii..
 |
twilight
sinopsis: mengisahkan tentang bella swan, seorang gadis yang berasal dari Arizona yang berpindah ke Forks untuk tinggal bersama bapanya, Charlie swan. Dia berpindah ke sebuah sekolah iaitu Forks High School. dia mendapat banyak perhatian daripada lelaki di sekolah baharunya. bella mula berkenalan dengan edwar cullen tetapi tidak diendahkan oleh edward. bella mula menyelidik mengenai edward selepas kejadian edward menyelamatkanNya daripada dilanngar oleh sebuah kereta. setelah puas menyelidik, akhirnya bella tahu yang edward sebenarnya seorang vampire. setelah itu, edward dan bella mula menjalinkan hubungan tetapi hubungan mereka diuji kerana ada vampire nomad yang ingin memangsa bella iaitu james.victoria dan laurent. keluarga edward melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan bella.mereka menyorokkan bella di luar kota sehingga keadaan aman dan james terbunuh.
|
 |
twilight:new moon
sinopsis: cerita ini mengisahkan tentang hubungan bella bersama jacob black seorang werewolf (manusia serigala). hubungan mereka terjalin apabila edward mula meninggalkan bella kerana dia tidak mahu bella terus disakiti jika bersamaNya. pada saat ini jacob datang meneman bella. dan bella mula suka jacob,dan perasaan bella mula tertekan antara jacob atau edward.
|
 |
twilight:eclipse
sinopsis: victoria, vampire yang berdendam dengan bella mula mencari helah untuk membunuh bella. victoria menubuhkan satu pasukan baru untuk melawan keluarga cullen dan membunuh bella. sementara itu, jacob dan keluarga serigala yang lain terpaksa bekerjasama dengan edward dan vampire lain untuk memastikan bella terselamat. dalam series ini juga, bella baru mengetahui yang jacob menyimpan perasaan terhadapnya tetapi bella lebih memilih edward kerana dia lebih mencintai edward.
|
 |
twilight : breaking dawn 1
sinopsis: edward dan bella mula berkahwin dan pergi berbulan madu. ketika mereka sedang berbulan madu, bella mengandung dan kandungan bella membesar dengan terlalu cepat. jacob mahu bella mengugurkan anaknya kerana anak itu akan membunuh bella, tetapi bella tidak mahu kerana dia menginginkan anak itu. akhinya bella melahirkan dan anak itu diberi nama renesmee. tetapi bella mati saat melahirkan dan edward telah menyuntik racunNya kedalam badan bella.
|
 |
twilight : breaking dawn 2.
sinopsis: selepas edward menyuntikan racunnya, bella tidak sedar selama 3hari dan ketika dia sedar dia telah pun menjadi seorang vampire yang sangat cantik. renesmee membesar dengan terlalu cepat walaupun baru tiga hari dilahirkan. ketika musim salji, bella,renesmee dan jacob keluar pergi menangkap salji. irina, kekasih laurent ternampak kejadian tersebut dan melaporkannya kepada aro iatu ketua vampire. mereka mula menganggap renesmee adalah anak ammortal iaitu bayi yang direka oleh keluarga cullen. aro mula berniat ingin membunuh renesmee. seluruh keluarga cullen meminta pertolongan dari rakan vampire mereka. ketika hari pertempuran, jacob membawa renesmee ke tempat yang aman. saat pertempuran alice dan jasper datang dan meminta aro untuk melihat apa yang terjadi. alice dan jasper juga membawa seorang saksi yang seperti renesmee. akhirnya tiada pertempuran yang berlaku hanya irina yang terbunuh kerana memberi maklumat yang salah. alice melihat jacob dan renesmee hidup bahagia pada masa akan datang. |
haa.. baru baca sinopsis dah rasa best kan, belum tengok lagi kan..kan.kalau korang tengok mesti korang akan ulang banyak kali.. huhuhuhu.. hensem kan edward tu. hmmm meleleh air😋liur wana tengok dia ..hahaha.
tu jelah perkongsian entry wana untuk kali ni.. lepas nii nak cerita pasal ap pulak yer? 😀harap korang terhibur ang pi download movie nie cepat2.. kita tengok sampai lebam okay..
No comments:
Post a Comment